Tuesday, April 8, 2014

BADAN SADO AWEK PANDANG : TIPS UNTUK MENJADI SADO UNTUK NEWBIE

 Semua orang mahu sado (lelaki je okay) .Tapi sekarang ni perempuan pun da ada yang sado , aku tengok pun geli hahaha. Sado tu apa ? Sado itu tough atau kita selalu sebut tuf . Macam mamat kat gambar belah kiri ni hah. Perghh ,, cool gila . Ni kalau awek nampak mahu meleleh air liur jadi air terjun  hahaha. Menjadi abang sado ni dah macam satu trend dah at zaman sejarang ni ,dah Okay, tapi jangan korang fikir benda ni senang nak buat okay. korang wajib kena ada :

  • DISPLIN
  • USAHA TANPA PUTUS ASA
  • SEMANGAT 
  • RAJIN
  • JAGA PEMAKANAN



  1. DISPLIN 

Kalau nak sado ni kena ada displin. Itu wajib. Displin macam mana ? displin dalam semua hal. it's all about you . Tanpa displin muscle tak akan terjadi bro , so tak sado mana awek nak pandang bro. Macam kita setting kita punya motor , kalau tak laju sape nak pandang. Tepuk dada tanya muscle la. Jangan jadi cam brader at atas ni, perut cam apa ntah. hahaha

2. USAHA TANPA PUTUS ASA
Kalau nak ada muscle perlukan kesabaran yg tinggi. Jangan kita try berapa minggu tengok hasil tak ada kita putus asa , malas nak buat lagi. Kenapa jadi macam tu ? aku time mula mula nak berjinak dalam dunia gym ni masa aku form 2 and sekarang umur aku 19 baru nampak hasilnya. Tapi body aku tak lah macam The Rock and John Cena. Biasa je. Tapi sekali pandang ada la juga sama . hahaha yang ni gurau. Okay

3.SEMANGAT
Bangun tidur cari dumbell , mandi dengan dumbell, makan pun dengan dumbell . Haihh , ini dah macam obses sangat ini. Tak perlu buat sampai macam tu . Semangat yg aku maksudkan ni adalah semangat yg boleh buat orang sekeliling korang rasa yg korang memang nak jadi sado. Sangup pergi gym walaupun penat, beli majalah lelaki, search
google cara mahu sado, beli protein setiap bulan.Itulah di namakan semangat sejati. pedulikan orang kata kau membazir ke, banyak buang masa ke, pedulikan ! Nanti kalau kau dah sado jangan bagi diaorang semua sentuh muscle korang yg bergerak gerak tu .

4.RAJIN

Yes ! rajin berusaha . Rajin memang menjadi akar utama untuk kita terus berjaya menjadi sado. Tanpa kerajinan memang harapan lah nak jadi sado. yee aku cakap betul okay . Tak kira lah orang tu kepeng ke gemuk ke . Rajin itu PENTING ! sia sia la usaha selama ini kalau malas . Buang tabiat buruk itu kalau korang nakkan badan yg menjadi idaman wanita . THINK POSITIVE

5.JAGA PEMAKANAN
BANYAKAN MAKAN MAKANAN BERPROTEIN TINGGI DAN MAKANAN SEIMBANG
                                              
Makanan menjadi peranan yang penting dalam perbentukan otot dalam badan kita. Kena bijak untuk memilih makanan yang membentuk pertumbuhan otot kita. Sebab itu orang yang gemuk sejak kecil bila dah meningkat remaja dia lebih senang untuk sado bila dia mula main gym. Sebab kat badan dia sudah ada otot yg diperlukan and tuggu masa untuk bentukannya sahaja. Tapi untuk badan yg kurus pulak perlukan masa , makan kalau boleh 6 kali sehari , minum protein and work out. Kenapa perlu makan banyak ? sebab utama adalah mana ada lelaki yg sado berat dia 60kg ke bawah. korang fikir muscle tu tak ada keberatan ke ? untuk buat muscle kita perlu makan sebanyak mungkin selain minum protein and lagi satu kesilapan remaja kini adalah bila dia sudah ambil protein dia kurang makan sebab alasan adalah "buat apa nak makan lagi, dah minum protein kan , apa guna beli protein mahal mahal kalau kena makan banyak" . See ? itu silap sebenar kenapa kebanyakannya korang lambat sado.



Okay, itu sahaja tips untuk yang nak berjinak untuk jadi sado . Bukan untuk sesiapa, untuk kita juga. Bagi menambah keyakinan diri , BILA SADO HATI BANGA AWEK KELILING.